Syarat-syarat Pertandingan




1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga negara Singapura, penduduk tetap dan pelajar/pekerja asing yang belajar/bekerja di Singapura. Terdapat lima kategori yang disediakan iaitu: Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, JC/ITE/Poly/Universiti, Umum dan Warga Emas.



2. Setiap peserta harus mengisi borang penyertaan yang disediakan dan menghantar borang tersebut kepada pihak penganjur melalui faksimili:64403521 atau e-mel: ntumlcs-spolanguage@ntu.edu.sg selewat-lewatnya pada 10 Julai 2010. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.
3. Setiap peserta boleh menggunakan blog mereka (jika ada) atau mendaftarkan blog yang baharu. Antara lelaman yang menyediakan perkhidmatan blog yang percuma ialah www.blogspot.com dan www.livejournal.com

4. Di dalam blog para peserta, harus mengandungi catatan, perbincangan, buah fikiran dan komentar dalam bahasa Melayu tentang tema yang diberikan. Tema tersebut berdasarkan cogan kata Bulan Bahasa 2010 : ’Bahasa Kita. Gunakanlah.’

Kategori: Sekolah Rendah                  - Tema: Aktiviti Berbahasa Melayu 
(Contoh: Peraduan bercerita, berpidato, bengkel pantun dll)
Kategori: Sekolah Menengah            -  Tema:  Budaya Melayu
(Contoh: Permainan Tradisional, Busana, Muzik, Seni Persembahan dll)
Kategori: JC/ITE/Poly/Universiti    -  Tema: Pelestarian Budaya Melayu 
(Contoh: Cara-cara mengekalkan, mengembangkan dan mempertingkatkan budaya Melayu)
Kategori: Umum                                     - Tema: Kepentingan Bahasa Ibunda 
(Contoh: Mengapa bahasa Melayu masih relevan?)

Kategori: Warga Emas                          - Tema: Warisan Melayu
(Contoh: Pengalaman berkaitan adat resam kebudayaan & tradisi Melayu)

5. Para peserta harus membuat catatan dalam bahasa Melayu.

6. Para peserta harus membuat catatan di dalam blog mereka bagi tempoh 30 Jun hingga 30 Julai 2010. Walau bagaimanapun, kami amat menggalakkan para peserta supaya meneruskan blog mereka selepas tempoh tersebut. Para peserta harus menulis sekurang-kurangnya 10 entri di dalam blog mereka. Entri-entri tersebut haruslah yang asli, tidak diciplak dari mana-mana sumber.

7. Para pengadil akan menilai catatan blog para peserta bagi tempoh 30 Jun hingga 30 Julai 2010. Blog para peserta akan dinilai dari segi kerelevanan (isi dan bahasa yang digunakan), kreativiti (corak dan persembahan blog) dan nilai tambah (unsur ilmu dan pendidikan).

8. Keputusan pengadil adalah muktamad. Para pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan senarai nama pemenang akan dinaikmuatkan ke lelaman rasmi Majlis Bahasa Melayu Singapura

9. Hadiah-hadiah menarik dalam bentuk peralatan IT, buku-buku dan baucar akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori.

10. Hadiah-hadiah akan disampaikan kepada para pemenang dalam suatu majlis yang dianjurkan sempena sambutan Bulan Bahasa 2010.