Jumaat, 30 Julai 2010

Kategori Umum

Kepentingan Bahasa Ibunda



Pada pendapat saya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang terindah. Kadang-kala saya hairan mengapa ramai diantara orang Melayu kita sendiri yang tidak gemar bertutur dalam Bahasa Melayu dan memandang rendah terhadap bahasa yang indah ini. Kemungkinan ini kerana mereka merasakan bahawa bahasa ibunda ini tidak penting dan hanya membebankan walhal ia dapat memberikan kelebihan, terutama dalam sekitaran serantau yang rata-rata berbahasa Melayu. Bahasa ibunda kita inilah yang harus kita sanjungi dan hargai agar tidak ditelan oleh arus kemodenan.Terutama dalam konteks kehidupan di Singapura dimana penguasaan bahasa Inggeris merupakan satu kemestian bagi setiap individu untuk berdaya saing. Oleh itulah penggunaannya meluas sehingga menguasai hampir semua lapisan kehidupan kita sekarang.

1 ulasan:

  1. Saya hendak beritahu bahawa pautan lelaman saya salah bagi kategori umum salah. Sepatutnya alamat lelaman saya adalah http://melayuku-aku.blogspot.com dan BUKAN (melayuku_ayu.blogspot.com) Saya harap pihak penganjur dapat menukarnya secepat mungkin. Terima kasih. (Tuty Erahayu Bte Abdul Hakim)

    BalasPadam