Selasa, 3 Ogos 2010

Majlis Penyampaian Hadiah

Salam sejahtera,

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai Pertandingan Blogging 2010.
Majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan akan diadakan pada Sabtu, 7 Ogos 2010. Keputusan pemenang blogging akan diumumkan pada hari tersebut. Berikut ialah butir-butir majlis:

Tarikh: Sabtu, 7 Ogos 2010
Masa: 1.30 petang - 5.00 petang
Tempat: Auditorium, Perpustakaan Daerah Woodlands,
900 South Woodlands Drive
Woodlands Civic Centre, #01-03
Singapore 730900
Tetamu terhormat: Encik Hawazi Daipi,
Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Tenaga Manusia & Kesihatan
Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura
Pakaian: Baju Melayu [ Pakaian seragam sekolah untuk para pelajar]

Semua peserta diundang untuk menghadiri majlis tersebut. Tiada bayaran dikenakan dan makan tengah hari disediakan.
Harap sahkan kehadiran anda selewat-lewatnya Khamis, 5 Ogos 2010 melalui emel: ntumlcs-spolanguage atau t.b: 81285107. Sila berikan nama penuh dan nombor telefon anda apabila mendaftar.

Terima kasih dan salam hormat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan