Salam sejahtera semua,
Pertandingan Blogging telah pun bermula pada 30 Jun. Hari ini, kami ingin memaklumkan mengenai kategori baharu. Tahun ini, bersempena dengan Bulan Bahasa 2010, ramai Duta bahasa dari pelbagai peringkat umur telah dilantik oleh Jawatankuasa Bulan Bahasa 2010. Mungkin anda kenal dengan rakan di sekolah yang merupakan duta bahasa.
Khas untuk Duta Bahasa, kami akan adakan kategori 'Duta Bahasa'. Tema untuk Duta Bahasa ialah 'Bahasa Kita. Gunakanlah.'. Duta Bahasa boleh menulis apa sahaja mengenai bahasa Melayu, selaras dengan cogan kata Bulan Bahasa. Sebagai contoh, Duta Bahasa boleh menulis tentang kegiatan yang mereka sertai, pandangan mengenai aktiviti kebahasaan dan kegiatan kebahasaan di sekolah, rumah dan lain-lain. Ringkasnya, Duta Bahasa boleh menulis apa sahaja yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan lain.
Memandangkan tugas Duta Bahasa ialah untuk menggunakan bahasa Melayu dan menggalakkan orang di sekeliling menggunakan bahasa Melayu, kami harap, semua duta bahasa akan menggunakan blog untuk mencatat dan merakam pengalaman mereka.
Jangan lupa untuk melengkapkan borang pendaftaran dan hantarkan kepada kami melalui emel : ntumlcs-spolanguage@ntu.edu.sg atau faks: 64403521. Jika ada pertanyaan sila hubungi Hazimah di hp: 81285107. Borang boleh dimuatturunkan di blog ini. Kami meminta kerjasama duta bahasa untuk menulis duta bahasa di borang tersebut, supaya mudah untuk kami menilai nanti. Cepat daftarkan blog anda sekarang sebelum 10 Julai 2010. Kami nantikan penyertaan anda.
Bahasa Kita. Gunakanlah.
Setiap generasi obor penerus bangsa.
Gunakanlah bahasa kita dalam setiap ruang dan peluang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan