Khamis, 15 Julai 2010

Salam sejahtera semua,

Minggu ini merupakan minggu kedua sejak pertandingan blogging bermula. Kami harap anda semua sudah mula menulis catatan di diari maya masing-masing. Buat masa ini, kami masih mengemaskinikan borang pendaftaran dan pautan lelaman blog anda. Jika pautan blog anda tidak ada di blog ini, usah gusar kerana kami akan meletakkan pautan tersebut tidak lama lagi.

Teruskanlah usaha anda untuk menulis catatan dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan daripada kita sudah lazim menggunakan Bahasa Melayu dan mungkin mempunyai masalah menterjemahkan perkataan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Kini, terdapat pelbagai alat bantuan yang boleh digunakan. Anda boleh menggunakan khidmat Google translate yang boleh didapatkan di lelaman google [http://translate.google.com.sg/?hl=en&tab=wT#] atau lungsuri lelaman Dewan Bahasa dan Pustaka [ http://prpm.dbp.gov.my/ ].

Itu sahaja buat masa ini. Selamat menulis catatan kepada anda semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan