Rabu, 28 Julai 2010

Pautan para peserta

Salam sejahtera,

Bagi pihak penganjur, saya meminta maaf kerana pautan para peserta pertandingan blogging masih belum diletakkan di lelaman blog ini. Kami menghadapi masalah teknikal yang tidak membolehkan kami untuk meletakkan pautan tersebut. Masalah tersebut akan kami selesaikan secepat mungkin dan semua pautan blog akan diletakkan selewat-lewatnya esok, Khamis, 29 Julai 2010.

Sekali lagi, kami memohon maaf atas ketidakcekapan ini.

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan;
kami budak baru belajar,
salah silap harap dimaafkan.

Salam hormat,
Nurhazimah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan